
ARTIKEL TENTANG PUISI :
apakah bisa diapresiasi.......?
Puisi bagi para pemerhati, pengkaji dan pencinta seni kreatif dilihat sebagai satu manifestasi daripada kecintaan manusia yang tinggi terhadap hidup, kehidupan manusia, kemanusiaan, alam dan segala isi alam yang diciptakan Tuhan. Ada interaksi fizikal dan spirituil yang kelak dapat memperkaya pengalaman hidup kita. Karena itu menurut Lim Swee Tin (2000), puisi dilihat sebagai mempunyai sihirnya sendiri dalam satu jalinan atau tautan yang akrab atau intim dan mesra kepada penggemar ataupun pencintanya. Dalam kajian dan telaah kesusasteraan kreatif, puisi sebagai salah satu ciptaan sastera dikatakan terbina daripada elemen-elemen strukturnya seperti tema dan pemikiran, unsur gaya bahasa dan mesej yang dikatakan mengiringi setiap kelahiran karya. Tetapi apakah hanya itu yang ada dalam sesebuah puisi? Persoalan ini sudah kerap dipertanyakan orang, digarap dan ditelaah oleh ramai peneliti sastera. Pelbagai jawapan sudah diberikan dan kita bahkan sudah menganggap banyak yang mempunyai persamaan atau dalam istilah sastera disebut klise. Puisi sebagai karya kesusasteraan persis enam orang buta mengandaikan seekor gajah yang diraba - - - rupa seekor gajah itu tidak ubah sebatang tiang yang besar yang melurus tinggi. Begitulah, yang cuba menyentuh belalainya menganggap gajah itu seperti seutas tali besar yang berkedut-kedut serta suka menjalar. Atau sahaja seperti analogi seekor anak burung yang baru pandai berenang malangnya terhempas ke tanah. Apabila kembali ke sarang, anak burung itu menceritakan alam yang sempit, dan dunia ini lingkungannya kecil yang kejam. Anak burung itu hampir musnah dalam satu ruang hidup yang tiada simpati. Puisi sebenarnya merupakan sebuah karya kesusasteraan yang lahir daripada gembelengan seluruh tenaga yang ada: dalam dan luaran, fakta dan renungan imaginasi dan pengalaman penyair yang menakjubkan. Lihatlah, adakah seorang penyair yang mencipta puisi sepanjang waktunya? Tentulah tidak. Dia hanya menggarap atau berkarya pada saat-saat jiwanya tersentuh, mindanya terbuka dan kreativitinya mendesak. Pada ketika itu, percayalah jiwanya meronta-ronta untuk menyatakan sesuatu yang dilihat, mungkin juga yang didengar, memberi reaksi terhadap apa yang terjadi dan kadang-kadang juga mencuba mencari jawapan serta penyelesaian kepada apa yang berlaku. Para penyair bekerja dan berjuang dengan persepsi yang jauh lebih meresap, menggunakan kata-kata juah lebih halus, yang mampu meruntun rasa pembaca yang jauh lebih mendasar. Kehidupan kita unik sifatnya, kadang-kadang begitu kritikal, ada ketikanya sukar difahami atau dengan bahasa yang lebih mudah, hidup ini penuh liku-likunya, dan dalam menghadapinya manusia cuba memanifestasikannya melalui pelbagai cara. Puisi adalah cabang seni yang sangat penting. Selaras dengan ajaran agama, puisi menganjurkan bagaimana seharusnya manusia hidup. Bagaimana menjalani kehidupan yang baik dalam sebuah masyarakat di mana nilai-nilainya adalah moral itu sendiri dan dapat membantu manusia dalam menghadapi hidup. Namun pada mata fikir Khalil Gibran, beliau memandang puisi sebagai ‘bukan pendapat yang dinyatakan’. Ia muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum. Beliau juga berkata bahawa penyair merupakan orang yang tidak bahagia kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi air mata. Katanya lagi, penyair juga adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar. Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya. Apa pun yang dijelaskan kebenaran terhadap puisi dan penyair sehingga di hujung makalah ini, Mathew Arnol, seorang penyair dan kritikus Inggeris menyatakan adalah penting untuk berpegang teguh kepada prinsip bahawa puisi berada pada landasan dasar kritik terhadap kehidupan; bahawa keunggulan seorang penyair itu terletak pada aplikasi gagasannya yang indah dan kuat terhadap kehidupan untuk mengajukan pertanyaan bagaimana harus hidup. Yang pasti, dunia penulisan menjanjikan banyak harapan baru kepada kehidupan. Bidang ini sentiasa menguji kepekaan dan ketabahan setiap insan penyair. Tiga faktor yang kerap mencabar kewibawaan seorang penyair yang rasanya amat penting iaitu bagaimana kehidupan itu dinilai. Kedua, kesan daripada makna kehidupan dan ketiga, kebijaksanaan sebagai penyair memanfaatkan ilmu dan pengetahuannya menghalusi karyanya yang harus dihidupkan. Ehm...Hidup bagiku adalah ibarat sebuah puisi, ada suka duka tangis dan tawa. bagian dari abjad abjad...adalah bagian dari huruf huruf yang menantang kita rangkai. Agar terbaca,,,agar termaknai,,,agar terpahami. Hidup adalah sebuah puisi. suka duka tangis dan tawa adalah makna.. Tinggal bagaimana kita mentejemahkannya. Agar hidup menjadi bersenyawa dengan kehendakNya. kita adalah ciptaanNya..maka saat kau terbentur kenyataan yang tak sejalannara sumber : di ambil dari emailku dari salah satu penulis situs "penulislepas.com"



Tidak ada komentar:
Posting Komentar